Gambar Sekadar Hiasan
BERBIMBANG MENYAKITI HATI ORANG LAIN
Pada satu masa di masjid diadakan ceramah dg menjemput seorang guru agama yg agak ternama.Selesai ceramah dan solat Isyak,jamuan disediakan untuk orang ramai dan tetamu khas ini.Dia makan sedikit sahaja makanan yang dihidang untuknya dan berhenti.Walaupun diajak terus makan,tetapi beluau menolak dengan baik.
Sebaliknya,guru itu meminta berjumpa dg tukang masak makanan malam tersebut.Kami jadi hairan juga.Tak sedapkah makanan malam itu,atau ada apa masalah dengan makanan tersebut?Tukang masak makanan malam itu sebenarnya adalah siak masjid itu juga lalu dibawa dia berjumpa guru tersebut.
Setelah hadir dan duduk ditepi guru itu,guru itu berkata,"Tuan Haji,saya nak minta maaf dengan tuan kerana saya tidak dapat menghabis makanan yang disedia kepada saya. Bukan kerana tak sedap,bahkan memang sedap.Tapi saya sudah tua, gigi pun banyak yang gugur.Lagipun malam saya tidak perlu makan banyak,hanya kerana nak tidur,cukuplah melapik perut.Jangan berkecik hati kerana saya makan sedikit sedangkan tuan telah berusaha sepetang memasak,maafkan saya."Tok siak itu dan orang lain yang ada terdiam, kadar mengangguk kepala dan senyum sahaja.
Jom kita meneliti peristiwa ini utk iktibar.Orang yg tinggi akhlak dan adab sopan bukan sahaja akan berbuat kebaikan tetapi dia juga akan berusaha mengelak dari menyakiti hati orang lain.Tok guru ini berbimbang takut tukang masak terasa kecil hati kerana makanannya dijamah sedikit sahaja,disangka tidak sedap,maka dengan itu dia memohon maaf dan menjelaskan utk mengelak rasa kecewa,serba salah pada siak ini.Lihatlah,perkara yg dianggap kecil ini,bimbang menyakiti hati orang pun diambil kira bahkan dianggap perkara besar bagi seseorang yg memelihara dirinya.
Jom kita banding dg diri kita kita.Sikit sikit herdik pekerja bawah,mulut macam tak ada lesen,herdik pengasuh,maki hamun pengguna jalan raya yg lain,komplen itu ini tak kena,makan kenduri tak sedap,tak cukup tempat duduk,beratur panjang dannnnn 1001 satu sungutan dan rungutan lagi dlm hidup kita.Kita selalu fikir diri sendiri sahaja,orang lain mampuih pi,tak peduli.Orang lain,ada saja yg tak kena.Bahkan berbangga menyebut"ada aku kisah" jika boleh menghentam orang.Kalau tak buat dosa itu sudah bagus,tapi kalau kita boleh mengelak dari orang lain buat dosa lagi bagus.Mengelak orang lain berburuk sangka itu terlebih baik.
Tingkatkan diri dari berbuat baik, tidak berbuat dosa,kepada tidak juga menyakiti orang lain hingga mereka terbuat dosa.Jangan juga kita membuka jalan orang lain terasa sakit hatinya,jangan buka jalan orang kain terbuat dosa.Wallahu'alam abdghaniharon
ADS HERE !!!